Isnin, 29 Mac 2010

Selamat Pengantin Baru

Posting kali ini didedikaskan khas buat adik tersayang nuriah dan suami tercinta hasbullah (hasnuri). untuk pengetahuan semua, nurilah orang penting selain pertolongan Allah menjadikan "turning point" dalam hidup aku dan nuri sendiri.

Hasnuri, masih belum terlambat rasanya abe mi wish korang selamat pengantin baru, semoga alam baru dijejaki ini akan berkekalan hingga ke syurga. tiada lagi dosa-dosa sms dan rindu sekarang ni. semuanya bertukar menjadi pahala yang tidak ternilai harganya.



tidak dilupakan juga ucapan tahniah kepada ma dan bo kerana mendapat sorang lagi menantu selepas setahun yang lalu mendapat mendapat menantu sulong iaitu isteri tersayang nik nor azliana.

abe mi bukan pandai sangat nk ajar korang. tapi orang cakap pengalaman adalah segala-galanya dalam hidup ni. anggap je posting ni sebagai perkongsian pengalaman khas untuk korang.

kepada nuri jadilah isteri solehah setiap masa. Bukan perkara yang susah nak jadi isteri solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, nuri boleh menduduki carta itu. banyakkan belajar untuk memperbaiki diri setiap masa di samping tanya apa sahaja dengan ma dan bo.

kepada hasbullah tekadkan dalam hati nak jadi suami soleh dan terbaik untuk isteri. abe mi yakin demo alim tentang ni. didiklah isteri dengan hikmah dan terancang. orang kata isteri dijadikan dari tulang rusuk, jangan terlalu tegas takut nanti patah, tidak boleh terlalu lembut nanti akan bengkok. ambil je jalan tengah antara keduanya.

semoga kebahagiaan hakiki yang diimpikan menjadi realiti. ingat, kebahagiaan sebenar adalah yang digariskan al-quran dan sunnah bukan kebahagiaan yang disogokkan oleh orientalis jahanam.

Doakan kebahagiaan kita semua satu keluarga.

sekian.

-anakmabo-

Turning Point

Salam sahabat semua..

alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t dapat juga aku mewujudkan blog peribadi untuk diri sendiri. Pada hari ini (29/03/2010) selepas balik dari sekolah hati aku tergerak untuk mewujudkan blog ini.

faktor yang menggerakkannya mungkin kerana pada perhimpunan rasmi pagi tadi aku dapat tahu kawan2 sekerja aku termasuk pelajar2 mempunyai blog. jadi, sebagai orang baru yang mula berjinak-jinak dalam alam pendidikan aku tidak harus ketinggalan dalam aspek ini. semoga azam untuk berblog tidak mengkategorikan aku sebagai ketinggalan zaman lagi.

posting yang pertama ini aku hanya ingin berkongsi sedikit cerita tentang diri ini. aku mulakannya dari tarikh keramat 21 julai 2009 iaitu hari lahir aku yang ke 26. boleh dikatakan "turning point" hidup aku bermula pada tarikh ini. segala kesulitan dan kepayahan yang aku alami sejak alam persekolahan hingga ke alam universiti berakhir pada tarikh ini. apa yang berlaku pada tarikh ini biarlah aku dan sahabat2 baik sahaja yang tahu. aku minta maaf k.

apa yang aku nak kongsikan di sini adalah setiap orang ada "turning point" tersendiri dalam hidup ini, satu je point yang akan mengubah segala-galanya. nikmatnya hanya yang merasainya je yang tahu.

aku teringat janji Allah pada hambanya "sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan" satu lagi tahap keyakinanku padaNYA makin bertambah. Sahabat sekalian, aku bukan pandai sangat nak berhujah, namun sekadar berkongsi apa yang aku tahu tidak salah kan? jika ada kesilapan pemahaman tentang al-quran silalah tegur aku k.

Marilah kita sama2 berdoa agar setiap sahabat dan saudara seagama kita semua dapat mencapai "turning point" yang akan membawa kita semua ke satu tahap yang tertinggi iaitu "mardhatillah".

sekian dulu untuk kali ini.

-anakmabo-