Sabtu, 15 Mei 2010

Selamat Hari Guru, Cikgu, Ustaz, Ustazah, Teacher & etc

rutin tahunan setiap 16/5 adalah hari guru. satu hari raya sebenarnya bagi yang bergelar guru. aku tidak berapa pasti tentang sirah sambutan ini berasal daripada mana. adakah ada khilaf juga dari segi agama islam tentang sambutan ini seperti hari ibu dan hari valentine? aku berdoa agar sambutan ini tiada unsur2 sambutan dari agama lain.

aku ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan selamat hari guru kepada:

* BO dan MA (ibubapa aku)
* Cikgu Azliana (Isteri tercinta)
* Cikgu tadika aku (felda jerangau hulu terengganu)
* Guru-guru sekolah rendah (Sek Agama Diniah P.Rambai P.Puteh Kelantan)
* Guru-guru sekolah rendah (SK Peng. Kubor 2,Kelantan)
* Guru-guru sekolah menengah (SMU(A) Meheliah Geting, Kelantan)
* Guru-guru sekolah menengah (Maahad Muhammadi Tumpat, Kelantan)
* Pensyarah-pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia
* Guru-guru SMK Bandar T6, Kluang Johor
* Guru-guru SMK LKTP Belitong, Kluang Johor
* Semua yang pernah mendidik aku tidak kira di surau, masjid, dalam tv dsb.

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua. Semoga kalian sentiasa berada dalam naungan hidayah Allah dan berbahagia hidup di dunia dan akhirat.

Buat diri sendiri dan sahabat sekalian. marilah kita berfikir dan bertidak dari kata2 khalifah Abu Bakar as-Siddiiq semasa menyampaikan ucapan dasarnya yang pertama ketika dilantik menjadi khalifah. Beliau berkata: “Wahai manusia! Aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah orang yang paling layak dari kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, perbetulkanlah aku.”

jika orang yang dijamin syurga pun boleh berkata2 begitu, apakah kita masih sombong dengan ilmu yang sejengkal ini? marilah sama2 kita muhasabah diri masing2 sempena hari guru pada tahun ini. semoga kita akan menjadi warga pendidik yang berjaya melahirkan penghuni syurga. amin










Perkhemahan Badan Beruniform SMKB

alhamdulillah aku masih diberikan nafas di muka bumi Allah ini dan masih berpeluang mencoretkan sedikit warkah untuk dikongsikan bersama. sepanjang tempoh 'silent' lalu semenjak posting terakhir sempena hari ibu tempoh hari, macam2 aktiviti telah aku sertai.

hujung minggu lalu sekolah megadakan karnival dan perkhemahan badan beruniform. aku ditugaskan sebagai j/k kerohanian dan aktiviti burung hantu. tugas pertama aku menyampaikan kuliyah maghrib pada hari pertama perkhemahan. tetapi aku kurang suka menamakannya kuliah atau pun tazkirah, aku lebih suka ianya disebut sebagai perkongsian ilmu.

pada malam tersebut aku menyentuh tentang adab dan akhlak sebagai pelajar islam. aku sengaja memilih topik tersebut kerana bagi aku ianya sesuatu yang mendesak hasil pemerhatian kepada gerak geri remaja pada hari ini. aku menekankan aspek etika pergaulan dan berpakaian dalam islam. aku bimbang isu pelajar hamil dan pembuangan bayi menular kepada anak didik aku.

aku memberi satu analogi mudah untuk mereka berfikir iaitu kehidupan remaja sama dengan fatamorgana (mirage). nampak sesuatu dan ingin mendapatkannya sedangkan ianya adalah khayalan semata-mata. sifat remaja yang berfikiran untuk enjoy dan melakukan apa sahaja (yang negatif) pada masa ini perlu diubah. sepatutnya pada usia yang sebegini remaja perlu mencari sebanyak mungkin ilmu dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian supaya nanti pada usia dewasa mendapat kehidupan yang berkualiti. jangan apabila dewasa baru hendak mencari2 jalan dan rentak kehidupan, bimbang nanti mereka akan gagal menghadapinya.

sebab itulah remaja perlu menjaga adab berpakaian kerana ianya punca utama ke arah kemaksiatan. aku melontarkan persoalan kepada pelajar perempuan kenapa ada dikalangan mereka suka berpakaian seksi? mereka jawab saja hendak menunjuk-nunjuk. satu lagi soalan bolehkah jika lelaki mahu sentuh. mereka jawab mana boleh, ada yang kata haram, gangguan seksual dan sebagainya. aku cakap sebenarnya perempuan yang berpakaian seksi itu la yang melakukan gangguan seksual kepada lelaki. fitrah semua lelaki akan tertarik kepada benda2 sebegitu, dan disebabkan perempuan begitulah maka terjadinya rogol, sumbang mahram dan sebagainya walaupun kadang2 mangsanya menutup aurat dengan sempurna.

satu lagi yang tidak kurang pentingnya ialah adab pergaulan antara lelaki dan perempuan. jangan sesekali remaja2 berdua-duaan walaupun dengan tujuan baik. jika ada perbincangan sekali pun sebaiknya biarlah berkumpulan dan berada di tempat yang terbuka. bimbang nanti akan ada makhluk perosak yang sudah berjanji dengan allah untuk menjahanamkan kita masuk campur urusan kita. masa itu la perbincangan yang baik pada mulanya berakhir dengan adegan yang mendukacitakan, na'uzubillah!.

bagi aktiviti burung hantu pula aku bersama cikgu adnan sepakat dijalankan pada jam 1.00 pagi malam ke-2 perkhemahan. setiap pelajar diwajibkan membawa penutup mata. mereka dilepaskan secara berkumpulan dan semuanya menutup mata kecuali ketua kumpulan. mereka berjalan seperti keretapi sebelum dilepaskan seorang demi seorang dan berjalan menggunakan tali yang telah disediakan. ramai juga pelajar yang ketakutan dan tertanya2 lokasi aktiviti ini dijalankan, ada yang membayangkan dalam kawasan hutan dan kubur (mereka telah diuar-uarkan kawasan perkuburan)menyebabkan ada yang menangis.

aktiviti ini tamat kira2 jam 5.00 pagi. mereka dibenarkan tidur sekejap sementara menunggu solat subuh. apabila selesai solat subuh secara berjemaah aku menceritakan tujuan aktiviti yang dijalankan tadi. antara tujuannya ialah:

* Menguji ketahanan diri menghadapi halangan dalam kehidupan
* Menguji sifat keberanian diri pelajar
* Mendidik diri pelajar membuat keputusan tanpa mengharapkan orang lain
* Mendidik diri pelajar bahawa tidak mudah untuk berjaya jika tanpa usaha yang
gigih dan berterusan dalam hidup.
* Mendidik diri pelajar mensyukuri nikmat pancaindera (mata) yang dikurniakan
oleh Allah dan menggunakannya untuk perkara kebaikan.

aku rasa itu sahaja perkongsian untuk kali ini. doakan aku berjaya dalam bidang yang diceburi ini.

Sabtu, 8 Mei 2010

Selamat Hari Ibu

Posting kali ini aku tujukan khas untuk peringatan diri sendiri, isteri, adik-adik aku dan semua sahabat umumnya. secara fitrahnya kita semua memang sayang yang teramat sangat kepada ibu kita. namun sejauh manakah kita membuktikan kasih sayang tersebut? adakah sama atau lebih kita sayangkan kekasih ataupun isteri kita melebihi ibu? itulah persoalan yang bermain diminda aku saat ini. marilah sama-sama kita muhasabah diri masing-masing agar tidak terlambat sebelum ibu dijemput Ilahi.

Islam memberikan perhormatan dan kedudukan yang amat tinggi kepada para ibu, sampai disebut bahawa "syurga berada di telapak kaki ibu". Seseorang yang menghormati ibunya akan ditempatkan di syurga, sementara anak yang menderhakai ibunya akan ditempatkan pada posisi yang hina sama ada di dunia ataupun di akhirat.

Amirul mukminin Umar Al-Khattab seorang anak yang sangat hormat kepada ibunya, sampai dalam masalah yang sekecil-kecilnya. Dalam hal makan misalnya, beliau tidak pernah makan mendahului ibunya. bahkan tak berani makan bersama-sama dengan ibunya, sebab takut akan mengambil dan memakan hidangan yang tersedia di meja, sementara ibunya menginginkan makanan tersebut. Baginya, seorang ibu telah mendahulukan anaknya selama bertahun-tahun ketika anak masih kecil dan lemah.

MasyaAllah mulianya khalifah umar, bolehkah kita semua mengikut jejak kahlifah kita itu? aku mengaku sebenarnya sepanjang hidup ini bukan setakat makanan malah banyak lagi benda aku sering mendahului ibu, maafkan anakmu ini!

Kasih ibu tak pernah terbalas oleh apapun juga. Yang boleh dilakukan anak hanyalah memberi penghormatan dan layanan yang sewajarnya, terutama ketika mereka sudah tua dan dalam keadaan lemah.

Dengan alasan apapun, orang tua terutama ibu harus mendapatkan penghormatan dan layanan yang utama. Sesibuk manapun, sesulit apapun, ibu harus tetap dihormati dan dilayani. Ketika ibu memanggil, maka pangilannya harus segera dijawab. Yang menghalangi panggilan ibu untuk tidak dijawab hanya satu, iaitu ketika seseorang sedang menjalankan solat fardhu. Selain itu, semua panggilan ibu harus dijawab. Misalnya, seorang yang sedang mengerjakan solat sunat, tiba-tiba ibu memanggil, maka panggilan ibu hendaklah didahulukan terlebih dahulu. Solat sunat untuk sementara dibatalkan untuk memenuhi panggilan ibu.

Dengan demikian, tidak ada alasan bagi anak mengabaikan panggilan ibunya. Ketika ibu menahan rindu kepada anaknya, jika ibu telefon agar anaknya pulang, maka anak yang soleh akan mengusahakan dengan segenap daya untuk memenuhi panggilannya. Apalagi jika ibu sedang sakit atau sedang memerlukan bantuan.

jangan sampai kita menjadi seperti kisah dalam hadis nabi iaitu juraij dan al-qomah yang menderhaka kepada ibu mereka. saya rasa sahabat semua sudah sedia maklum tentang cerita tersebut. tidak perlu saya ceritakan disini ya.

Dalam ajaran Islam, tidak bersegera memenuhi pangilan ibu sudah tercatat sebagai dosa, bahkan sekadar berkata "uf" kepada orang tua, sudah tergolong perbuatan derhaka. apalagi melakukan kekerasan kepadanya. Derhaka kepada orang tua, terutama ibu merupakan dosa besar selepas syirik kepada Allah. Bahkan dosa ini tergolong dosa yang tak diampuni. Dalam Sya'bul Iman dikisahkan bahwa Abu Bakrah ra, berkata, Rasulullah saw bersabda: "Semua dosa akan diampuni oleh Allah taala, kecuali perbuatan derhaka kepada kedua orang tua. Sesunguhnya perbuatan ini dapat mempercepat kehidupan pelakunya sebelum ia mati."

sedikit ucapan untuk ibu aku Rahimah Binti Abdullah dan ibu mertuaku Tengku Hasiah Binti Tengku Ibrahim.


MA, kami anak-anak sayangkan ma, kami harap ma maafkan segala kesalahan kami sejak kami kecil hingga sekarang. terlalu banyak rasanya kami menyinggung hati ma sama ada disengajakan atupun tidak. kami doakan semoga ma panjang umur dan dipermudahkan segala urusan. kami juga sentiasa mendambakan doa dari ma, kami tahu ma tidak pernah jemu berdoa dan melayan kami sejak kecil. kami harap ma jangan tinggalkan kami kerana kami ingin buktikan yang ma telah berjaya mendidik kami semua hingga berjaya sehingga ke saat ini. Ya Allah, perkenankan permohonan hambamu ini.