Selasa, 19 April 2011

Maximum Impact!

Assalamualaikum w.b.t.

alhamdulillah syukur kepada allah kerana masih lagi memberi nikmat Islam dalam diri ini.. marilah sama-sama kita renungkan betapa bertuahnya kita sebagai seorang Islam kerana Allah sangat sayangkan kita. Allah memberi apa yang kita inginkan..mohonlah apa sahaja hajat kepadanya dia akan tunaikan.. cuma sama ada kita sedar ataupun tidak nikmat tersebut itu yang menjadi persoalan utama dalam diri kita sendiri.

Minggu ini aku mendapat suatu nikmat yang orang lain tidak dapat.. pergi kemana sahaja orang akan bercerita tentang hal 'rentasan cemerlang praktikum'. namun aku harus sedar, nikmat tersebut sebenarnya adalah satu ujian daripada allah. bagaimana hendak mengurus nikmat tersebut, bagaimana hendak menggalas status 'cemerlang', bagaimana hendak mengekalkannya dan meningkatkan prestasi kerja?? itu semua sebenarnya bebanan yang aku terpaksa hadapi mulai sekarang.

namun aku harus sedar, allah sangat sayangkan umatnya. dia tidak membebankan umatnya melainkan dengan kemampuan yang ada padanya. diri yang lemah dan kerdil ini hanya belajar dari semasa ke semasa, cuba amalkannya dan perlu memohon pertolongan daripadany, ini kerana allah sangat sukakan umatnya memohon kepadanya.

itulah yang aku lakukan sepanjang 3bulan berada di sekolah kebangsaan sri serdang.. segalanya berjalan dengan sangat lancar dan 'impact'nya cukup 'maximum'.

>>usaha>>doa>>tawakkal.