Jumaat, 30 April 2010

Minggu ke-17 sesi persekolahan 2010

Minggu ini aku ada dua cerita yang hendak dikongsikan bersama. pertamanya impian aku untuk mendapatkan buku 'Gurukah Aku atau...?' telah menjadi kenyataan. jutaan terima kasih kepada cikgu ghafar yang merupakan GPK Ko-Ko sekolah aku tolong belikan buku tersebut. setelah semua kedai buku dalam kluang aku jejaki namun tidak juga jumpa, cikgu ghafar menawarkan khidmat tolong carikannya diluar kluang. aku harap setelah khatam buku tersebut dan buku 'Hebatnya cara Rasulullah mendidik' aku akan berjaya mengaplikasikannya dalam setiap gerak kerja, doakan aku berjaya ya. (ada masa nanti insya allah aku cuba mengulas tentang buku tersebut).

satu lagi perkongsian ialah mengenai ucapan aku semasa perhimpunan sekolah tempoh hari. macam biasa la ucapan dimulakan dengan selawat keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. aku mengajak diri sendiri, semua pelajar dan guru sama-sama bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas pada hari ini. malah kita perlu bersyukur atas segala nikmat yang allah kurniakan sama ada kita sedar atau pun tidak seperti nikmat kesihatan jasmani dan rohani yang membolehkan kita datang lagi ke sekolah untuk menuntut ilmu, nikmat keamanan, keindahan dan macam-macam lagi nikmat yang kita dapat setiap hari.

bagi menguatkan hujah, aku membacakan firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih".

setiap kali aku memberi ucapan atau tazkirah, ayat al-quran yang tidak pernah aku tinggal ialah firman allah yang bermaksud “ingat-mengingatilah antara kamu, sesungguhnya ingat-mengingati itu memberi manfaat@faedah kepada orang yang beriman". aku suka mengingatkan guru-guru dan pelajar bahawa tujuan aku berucap bukan kerana hendak mengajar dan jauh sekali untuk menunjuk pandai, tetapi aku 'terpaksa' kerana ayat yang aku bacakan tadi Allah menggalakkan kita supaya saling ingat-mengingati (tegur-menegur) antara satu sama lain.

sahabat sekalian, begitulah juga dengan tulisan aku dalam blog ini, jika ada yang terkurang atau salah dalam penulisan hatta dalam percakapan dan tingkah laku, aku harap anda semua beritahu dan tegur aku ok. begitulah indahnya Islam yang menjadikan kita saling memerlukan antara satu sama lain.

aku teruskan ucapan dengan peringatan tegas kepada pelajar, sama ada kita sedar atau tidak kita telah pun berada di bulan yang keempat bagi sesi persekolahan 2010. Sama ada kita sedar atau tidak SPM dan PMR semakin dekat, sama ada sedar atu tidak telah banyak mutiara ilmu yang telah disampaikan oleh guru-guru kepada pelajar2.

aku bagi sedikit persoalan untuk direnung dan dijawab, apakah ilmu-ilmu yang disampaikan oleh guru-guru berjaya pelajar2 kuasai atau kita fahami seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian? Adakah akhlak atau tingkah laku kita semakin hari semakin baik?

dengan intonasi suara yang sedikit meninggi, pelajar2 terdiam seketika, mungkin masing2 tengah menilai diri sendiri dengan persoalan tadi ataupun mereka tidak faham dengan ucapan aku.

aku meneruskan ucapan dengan mengatakan jawapan bagi persoalan tadi ada pada diri pelajar masing2. jika jawapan pelajar2 ada perubahan ke arah yang lebih baik, alhamdulillah. setiap pelajar yang mahu berjaya mesti ada perubahan setiap kali menerima ilmu baru, jika mahu berjaya hari ini pelajar mesti lebih baik dari semalam, dan hari esok pelajar perlu lebih baik dari hari ini.

Jika kita rasa tiada sebarang perubahan ataupun semakin hari semakin banyak belajar tetapi makin teruk perangai, marilah kita sama-sama muhasabah diri, cari dimana silapnya diri aku ni. Jangan nak cari salah orang lain je. Insya Allah jika kita betul2 mahu berubah kearah yang lebih baik, allah akan tolong kita.

aku meneruskan ucapan hari tersebut dengan teka-teki Imam Ghazali, kebanyakan pelajar teruja untuk menjawab teka-teki tersebut, namun hanya terdapat segelintir pelajar yang berjaya jawab dengan betul.

PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'.

aku memberikan contoh kepada diri pelajar sendiri yang boleh mati bila-bila masa sahaja walaupun ketika perhimpunan tersebut.

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'.

aku mengingatkan mereka walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti. pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh kerana masa sekarang tidak akan kembali lagi.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'.

Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita seperti malas, ponteng sekolah, couple dsb. pelajar2 perlu mengawal nafsu dan jangan biarkan nafsu mengawal kita. jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam.

KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'.

Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak. ada pelajar yang menconteng meja, menconteng tandas dan melakukan macam2 vandalisme, sedangkan itu adalah amanah untuk anda. pelajar yang melakukan perkara tersebut akan sentiasa menanggung dosa setiap masa. itu adalah harta rakyat, anda harus meminta maaf dengan seluruh rakyat. tegas aku.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang'

kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia. kita sibuk bermain bola ketika waktu asar, terasa sedap dibuai mimpi ketika waktu subuh dan sebagainya. ada yang anggap sembahyang akan merugikan produktiviti kerja. sedangkan mereka lupa bahawa sembahyang adalah tiang agama, dengan sembahyang jiwa kita akan menjadi tenang dan hidup akan lebih berjaya di dunia dan akhirat.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia'

di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan. di mana2 saja ada adu domba, ada fitnah memfitnah dan mengumpat di sana sini, dan disebabkan lidah juga dunia boleh berperang. oleh itu marilah sama-sama kita menjaga lidah kita dari mengeluarkan kata2 yang sia2.

sekian dulu untuk kali ini, segala yang baik datang daripada Allah dan yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.

ucapan aku sekitar 30 minit pada pagi tersebut habis kira-kira jam 8pagi. semoga perkongsian kali ini memberi manfaat untuk kita semua

Sabtu, 24 April 2010

Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik

posting kali ini aku ingin kongsikan mengenai buku pilihan aku untuk sesi bacaan bagi menggantikan kursus dalam kementerian pelajaran. tetapi mengikut bos pembentangan pada ldp 2 yang lepas merupakan yang pertama dan terakhir. jadi aku dan kawan-kawan yang tidak sempat membentangkan buku bacaan dikehendaki menghantar sinopsis buku bacaan masing-masing.

aku memilih buku berjudul Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik (HCRM). hasil tulisan Razali saaran yang juga seorang pendidik. walaupun aku tidak kenal dengan penulis tapi aku yakin melalui tulisannya beliau seorang guru yang berpengalaman luas.
HCRM sebenarnya bukan untuk mengajar guru bagaimana untuk menggunakan kaedah mengajar yang telah dipelajari sebelum bergelar guru, buku ini juga tidak menyentuh tentang pedagogi pendidikan, psikologi pendidkan dan seumpamanya.

HCRM adalah satu medium tambahan untuk mengenengahkan beberapa kaedah yang telah diguna pakai oleh Rasulullah untuk dijadikan rujukan kepada guru-guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran pengajaran dalam bilik darjah.

mengikut penulis, hasil daripada pembacaan hadis-hadis Rasulullah yang ada kaitannya dengan kaedah mengajar, kita akan dapati bahawa sesungguhnya Rasulullah itu adalah suri tauladan terbaik sepanjang zaman.HCRM memberi tumpuan kepada kaedah-kaedah yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu serta nasihat kepada para sahabat. Di selitkan juga cara-cara Rasulullah SAW bersoal-jawab, bergurau senda, memberi nasihat dan dalam meraikan para pelajarnya.

dalam sebuah buku berjudul The 100: a ranking of the most influential persons in history hasil tulisn penulis barat bernama michale h. hart telah menyenaraikan Rasulullah berada pada ranking yang pertama.
jika orang bukan islam pun memandang rasulullah begitu hebat aura dan pengaruhnya kepada dunia sejak dahulu hingga kini, mengapa tidak kita juga berfikiran sebegitu. kenapa tidak berasa bangga dilahirkan sebagai umat Muhammad dengan mengambilnya sebagai rujukan utama kita sepanjang bergelar pendidik. kenapa kita tidak sentiasa berusaha untuk mengamalkan sunnahnya walau di mana jua kita berada hatta dalam kelas sekalipun ketika kita sedang menyampaikan ilmu kepada anak didik kita.

ingatlah, sesungguhnya Rasulullah itu adalah guru segala guru dan dialah sebaik-baik panduan buat kita semua. semoga perkongsian kali ini dapat memberi sedikit manfaat untuk kita semua, insya Allah.

Ahad, 18 April 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan 2

Mulai Mac 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan kaedah latihan secara pembacaan buku bagi menggantikan hari berkursus khususnya bagi Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).

aku agak teruja untuk menghadiri kursus pada hari ini kerana ingin melihat dan menceduk segala ilmu yang bakal dicurahkan oleh senior-senior di sekolah. aku yakin banyak ilmu yang aku akan dapat nanti. pembentang pertama dimulakan oleh cikgu sudarma yang merupakan kaunselor di sekolah. beliau membentangkan buku yang berjudul 'pendekatan islam terhadap pendidikan anak-anak'. menurut beliau komunikasi berkesan amat penting dalam sesebuah keluarga, ianya bermaksud setiah ahli dalam keluarga sentiasa terbuka untuk di tegur dan menegur. ibu bapa merupakan qudwah 'contoh' kepada anak-anak. beliau juga menyelitkan sedikit tayangan video yang menggambarkan sebuah keluarga bahagia. beliau berkata manhaj (pendekatan) mendidik anak-anak berbeza ketika anak masih kecil, remaja dan juga dewasa. namun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut manhaj-manhaj tersebut. mungkin beliau hendak kita sendiri yang membacanya.

pembentang kedua ialah cikgu sare'at darwan yang membentangkan buku 'gurukah aku atau....? buku tersebut di tulis oleh seorang bekas guru yang berpengalaman luas. buku tersebut menceritakan pengalaman peribadi penulis sendiri bermula dari pengalaman bersekolah rendah dan menengah serta pengalaman berkhidmat di empat buah sekolah menengah. Beliau mengolah penulisan ini dalam bentuk cerita, sketsa dan episod-episod yang menarik.

sebaik sahaja cikgu sare'at membentangkanya aku sebagai seorang guru baru mula mengorak langkah untuk mendapatkan buku tersebut. dengan semangat yang membuak-buak setiap toko buku dalam bandar kluang aku kunjungi, namun aku kecewa kerana gagal mendapatkannya. tidak pasti sama ada tidak dijual atau pun kehabisan stok. namun, sehingga kini aku masih berminat untuk mendapatkannya. doakan aku berjaya, hehe.

pembentang ketiga cikgu zainuddin abu bakar. buku bertajuk menangani sifat marah tulisan dr. fadzilah kamsah menjadi pilihan. beliau memulakan pembentangan dengan set induksi yang agak menarik iaitu mengetuk meja dengan kuat bagi menunjukkan kemarahannya pada seseorang. aku ingat dia betul-betul marah, semua yang berada dalam bilik mesyuarat terdiam seketika. selepas menunjukkan kemarahannya beliau mengatakan nasib baik beliau membaca buku menangani sifat marah menyebabkan beliau berjaya mengawal emosi.

selepas rehat kir-kira 15 minit, slot seterusnya diisi oleh ckgu hasrin yang menujukkan cara-cara mudah menggunakan software mindmanager. program ini adalah untuk menunjukkan kepada guru-guru membina peta minda secara interaktif.

pembentengan kemudiannya diteruskan oleh:

- cikgu rosmini : buku cara kerja efektif
- cikgu sabariah: buku strategi memasarkan sekolah
- cikgu noriah : buku guru yang bijaksana
- cikgu razli : buku aku mahu naik pangkat

bagi aku slot ldp pada kali ini amat menarik dan tidak menjemukan. pelbagai gaya dan pendekatan pembentangan yang digunakan oleh guru-guru yang bagi aku cukup berpengalaman dalam bidang keguruan ini. bagi guru-guru yang tidak membentangkan buku bacaan jangan lupa hantar sinopsis buku bacaan masing-masing selewat-lewatnya 26/4/2010. sekian wassalam.

Isnin, 12 April 2010

sambutan maulidur rasul surau an-naim

pada 10/4/2010 sambutan maulidur rasul telah diadakan di surau an-naim kluang. surau ini merupakan surau utama bagi penduduk taman majupadu, taman kampung majid dan taman aman. pelbagai acara telah diadakan bagi mengisi agenda sambutan seperti pertandingan busana muslimah, musaqah al-quran dan sebagainya. kemuncak sambutan ialah ceramah maulidur rasul. pihak surau telah menjemput yb. ustaz taib azamudin, bekas imam masjid negara, kuala lumpur.

kepada sahabat-sahabat yang mengenali aku sejak sekolah, mungkin mereka agak terkejut jika mengetahui aku menghadiri program sambutan maulidur rasul pada kali ini. aku merupakan salah seorang yang tidak bersetuju dengan sambutan maulidur rasul, begitulah juga sekarang ini.

banyak bukti yang aku jumpa mengenai hadis sambutan maulid, tapi mengikut ustaz yang aku yakin dengan ilmunya itulah hadis palsu. para sahabat salafussoleh yang paling rapat dengan rasulullah pun tidak pernah mengadakan sambutan ini. tapi sekarang aku makin dewasa, aku tidak mahu memanjangkan tentang hujah ini, elok rasanya sahabat semua merujuk kepada orang yang lebih alim seperti dr. asri (bekas mufti perlis) atau pun ustaz zaharuddin. tidak bersetuju dengan sambutan tidak semestinya kita tidak pergi langsung khasnya pada majlis ilmu yang diadakan.

majlis ceramah dimulakan sejurus selepas solat isya'. ust taib memulakan ceramahnya dengan menggalakkan acara sambutan seperti ini kerana bagi beliau ianya suatu tradisi agung yang patut diteruskan, tiada sambutan yang lebih besar selain maulid kerana ianya akan mengingatkan kita kepada kedudukan sebelum islam yang hina di zaman jahiliah, hidup tanpa hidayah allah kepada kedudukan yang mulia dan dihormati selepas kedatanagan junjungan besar nabi muhammad s.a.w. ianya merupakan satu sambutan bagi risalah wahyu yang yang agung kepada umat islam.

beliau berkata, risalah wahyu bukan hasil kajian cendikiawan, ianya merupakan risalah allah yang tidak mampu difikirkan logik oleh akal. jika islam merupakan dari hasil fikiran logik semata-mata, maka ramailah yang tidak menerima ajaran ini. ada suruhan yang tidak mampu oleh akal memikirkannya, beliau memberi contoh orang yang hendak solat memerlukannya mengambil wuduk terlebih dahulu barulah sah solatnya. tapi jika di fikir logik tidak perlu ambil wuduk, tetapi cukuplah sekadar mandi sahaja kerana air sudah mengalir ke serata tubuh badan. tetapi dalam islam tidak sah solat walaupun mandi sebanyak mana pun tanpa berwuduk terlebih dahulu.

tambah beliau, kepintaran seseorang tidak menjamin sesorang itu beriman dengan ajaran islam, ramai orang yahudi dan kristian yang menghafal al-quran tetapi tidak beriman, namun ramai juga imam-imam di malaysia khasnya yang buta huruf tetapi beriman dengan agama allah, ini menunjukkan kepintaran tidak semestinya hebat iman seseorang.

selain itu ust berkata, pada zaman mutakhir ini ramai umat islam sudah tidak memandang mulia pada orang alim (ulamak). jika situasi ini berterusan negara kita berada dalam keadaan sangat berbahaya. beliau memberi contoh negara iraq sekarang yang boleh dikatakan hancur dan lebih memeritkan dijajah oleh musuh islam merupakan negara yang melahirkan ramai ulamak islam pada suatu masa dahulu. tetapi sekitar tahun 70-an mereka lalai, terlalu ta'sub dengan bangsa arab, mereka mengaku islam tetapi mereka lalai akan ajaran islam, ulamak-ulamak di sumbat ke dalam penjara, tetapi pelacur jalanan berkeliaran. lihat la sekarang apa jadi dengan negara mereka?

beliau juga mengingatkan kita, jangan sempitkan agama dengan ibadat semata-mata, malah ianya merangkumi segenap aspek kehidupan, islam adalah agama yang syumul. kita hendaklah belajar dari negara luar khasnya iraq tadi. beliau berkata dalam konteks negara kita, hebatnya kaum melayu kerana agama islam, malah suatu ketika dahulu orang bukan islam mengaitkan melayu itu islam dan islam itu melayu. ada dikalangan mereka yang masuk 'melayu' yang sepatutnya di sebut masuk islam. namun sekarang sama ada sedar atau tidak sebenarnya melayu sudah tidak wujud dalam peta dunia. peta tanah melayu pun sudah lama hilang dari peta dunia. ini menunjukkan bangsa tidak kekal selamanya, menangis air mata darah sekali pun tanah melayu tidak akan ada lagi.

setakat itu sahaja yang sempat aku 'take note' dan share dengan sahabat semua. semoga perkongsian kali ini memberi manfaat untuk kita semua.


-anakmabo-

Hamper besar punye @batu pahat

alhamdulillah, bersyukur ke hadrat allah swt kerana masih memberi kekuatan untuk aku mencoretkan serba sedikit perkongsian pada kali ini. hujung minggu yang free membolehkan aku ke batu pahat untuk setelkan masalah mobile fon pada hari sabtu. alang-alang dah sampai bp aku dan isteri singgah shopping barang dapur jap kat carefour.

masuk je pintu utama ternampak satu hamper yang sangat besar menyambut kedatangan pelanggan. tidak silap aku para pelanggan yang membelanjakan rm80 ke atas layak untuk menyertai peraduan mendapatkan hamper tersebut, tetapi kita dikehendaki mengira berapa kuantiti hamper-hamper kecil yg ada di dalamnya.

jadi, kepada sesiapa yang berminat boleh la berkunjung ke carefour batu pahat. tolong promote sikit, tak dapat komisen pun, tapi tak salahkan? hehe.

Khamis, 8 April 2010

Kesenangan Memperdaya?

Perkongsian kali ini berkaitan dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua. kehidupan kita telah banyak dilimpahi dengan pelbagai nikmat. antaranya nikmat kesihatan, harta benda seperti rumah dan kereta, nikmat negara yang aman dan damai serta nikmat makanan yang tidak pernah habis dan pelbagai lagi nikmat yang kita kecapi.

sebenarnya bagi aku, nikmat kesenangan itulah yang sering melalaikan kita untuk mengabdikan diri kepada Allah. sekarang ni aku boleh dikatakan berada dalam zon kehidupan yang agak selesa. Semuanya bermula selepas "turning point" yg aku kongsikan pada posting dulu. perjalanan kehidupan yang jauh berbeza berbanding sebelum ini.

jika sebelum ini kehidupan yang agak tidak menentu, pelbagai dugaan dan cabaran sentiasa datang dan pergi setiap masa. di saat itulah juga rasanya diri ini terasa dekat dengan Allah. doa dan air mata sering kali menjadi teman di kala insan lain di buai mimpi indah. mungkin inilah yang dikatakan kita akan mendampingiNYA sewaktu kita dalam kesusahan.

namun, semua itu telah menjadi sirah kehidupan aku. sekarang segalanya sudah berubah. terasa juga diri semakin lama semakin jauh denganNYA. tiada lagi air mata mengalir keranaNYA dan tiada lagi korban tidur keranaNYA.kadang-kadang aku terfikir adakah ini satu lagi ujian yang Allah nak tunjukkan. ujian yang berbentuk kemewahan pula. setelah terbaca firman Allah yang bermaksud "dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdaya"(al-imran:185). aku mula merasa seram sejuk takut-takut aku gagal menghadapinya. takut yang teramat sangat.

kita selalu diingatkan oleh Nabi Muhammad yang menyeru kita agar merebut 5 perkara kesenagan sebelum 5 perkara kesusahan. antaranya agar memanfaatkan masa sihat dengan memperbanyakkan ibadat. tetapi aku takut terlupa sehiggalah aku ditimpa derita kesakitan. kita juga diingatkan agar menggunakan kekayaan untuk diinfakkan dan dibelanjakan pada jalan Allah. namun aku takut terlupa hinggalah nikmat itu ditarik balik dan kedudukan ekonomi keluarga menjadi gawat. begitulah juga dengan nikmat lain seperti masa lapang dan nyawa.

peringatan untuk diri sendiri dan sahabat semua, marilah kita saling mengingati agar kita tidak terperangkap dalam jerat cinta dunia ini, kerana ia akan mematikan hati dan menjauhkan diri kita dari Allah sedikit demi sedikit tanpa disedari.

sahabat yang disayangi, nikmat yang kita perolehi sering membuatkan kita lupa dan lalai dari tanggunjawab sebagai hamba Allah. janganlah kita menjadi seperti seorang lelaki yang bernama Tholabah pada zaman Rasulullah. pada awalnya dia menjalani kehidupan yang amat perit sehinggakan terpaksa berkongsi pakaian dengan isterinya walaupun untuk beribadat. dia kemudiannya meminta Rasulullah agar berdoa kepada Allah agar mendapat harta dan nikmat hidup. kemudian Rasulullah berdoa untuknya, malangnya dia leka dengan hartanya dan cuai beribadat. akhirnya dia mati dalam keadaan taubatnya tidak diterima kerana enggan membayar zakat.

biasanya, apabilaa kita memiliki harta yang banyak, syaitan akan memainkan perananya. ia akan mencari jalan agar kita menggadaikan akhirat untuk membeli dunia. lagi satu ayat yang menggerunkan aku ialah firman Allah yang bermaksud "ketahuilah bahawa kehidupan dunia hanyalah satu permainan dan melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta bangga dengan banyaknya harta dan anak-anak" (Al-Hadid:20).

aku ingatkan diri sendiri dan sahabat semua, apabila kita terasa menghampiri jerat dunia ini, bertaubatlah segera sebelum terlamabat. seksaan Allah bukanlah sesuatu yang boleh dipersendakan. sesungguhnya ia amat keras dan pedih.

jika ada sebarang kekurangan ataupun kesalahan pada posting kali ini aku harap ada yang sudi menegur. sesungguhnya ingat-mengingati itu memberi kebaikan kepada orang-orang mukmin.

-anakmabo-