Sabtu, 15 Mei 2010

Perkhemahan Badan Beruniform SMKB

alhamdulillah aku masih diberikan nafas di muka bumi Allah ini dan masih berpeluang mencoretkan sedikit warkah untuk dikongsikan bersama. sepanjang tempoh 'silent' lalu semenjak posting terakhir sempena hari ibu tempoh hari, macam2 aktiviti telah aku sertai.

hujung minggu lalu sekolah megadakan karnival dan perkhemahan badan beruniform. aku ditugaskan sebagai j/k kerohanian dan aktiviti burung hantu. tugas pertama aku menyampaikan kuliyah maghrib pada hari pertama perkhemahan. tetapi aku kurang suka menamakannya kuliah atau pun tazkirah, aku lebih suka ianya disebut sebagai perkongsian ilmu.

pada malam tersebut aku menyentuh tentang adab dan akhlak sebagai pelajar islam. aku sengaja memilih topik tersebut kerana bagi aku ianya sesuatu yang mendesak hasil pemerhatian kepada gerak geri remaja pada hari ini. aku menekankan aspek etika pergaulan dan berpakaian dalam islam. aku bimbang isu pelajar hamil dan pembuangan bayi menular kepada anak didik aku.

aku memberi satu analogi mudah untuk mereka berfikir iaitu kehidupan remaja sama dengan fatamorgana (mirage). nampak sesuatu dan ingin mendapatkannya sedangkan ianya adalah khayalan semata-mata. sifat remaja yang berfikiran untuk enjoy dan melakukan apa sahaja (yang negatif) pada masa ini perlu diubah. sepatutnya pada usia yang sebegini remaja perlu mencari sebanyak mungkin ilmu dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian supaya nanti pada usia dewasa mendapat kehidupan yang berkualiti. jangan apabila dewasa baru hendak mencari2 jalan dan rentak kehidupan, bimbang nanti mereka akan gagal menghadapinya.

sebab itulah remaja perlu menjaga adab berpakaian kerana ianya punca utama ke arah kemaksiatan. aku melontarkan persoalan kepada pelajar perempuan kenapa ada dikalangan mereka suka berpakaian seksi? mereka jawab saja hendak menunjuk-nunjuk. satu lagi soalan bolehkah jika lelaki mahu sentuh. mereka jawab mana boleh, ada yang kata haram, gangguan seksual dan sebagainya. aku cakap sebenarnya perempuan yang berpakaian seksi itu la yang melakukan gangguan seksual kepada lelaki. fitrah semua lelaki akan tertarik kepada benda2 sebegitu, dan disebabkan perempuan begitulah maka terjadinya rogol, sumbang mahram dan sebagainya walaupun kadang2 mangsanya menutup aurat dengan sempurna.

satu lagi yang tidak kurang pentingnya ialah adab pergaulan antara lelaki dan perempuan. jangan sesekali remaja2 berdua-duaan walaupun dengan tujuan baik. jika ada perbincangan sekali pun sebaiknya biarlah berkumpulan dan berada di tempat yang terbuka. bimbang nanti akan ada makhluk perosak yang sudah berjanji dengan allah untuk menjahanamkan kita masuk campur urusan kita. masa itu la perbincangan yang baik pada mulanya berakhir dengan adegan yang mendukacitakan, na'uzubillah!.

bagi aktiviti burung hantu pula aku bersama cikgu adnan sepakat dijalankan pada jam 1.00 pagi malam ke-2 perkhemahan. setiap pelajar diwajibkan membawa penutup mata. mereka dilepaskan secara berkumpulan dan semuanya menutup mata kecuali ketua kumpulan. mereka berjalan seperti keretapi sebelum dilepaskan seorang demi seorang dan berjalan menggunakan tali yang telah disediakan. ramai juga pelajar yang ketakutan dan tertanya2 lokasi aktiviti ini dijalankan, ada yang membayangkan dalam kawasan hutan dan kubur (mereka telah diuar-uarkan kawasan perkuburan)menyebabkan ada yang menangis.

aktiviti ini tamat kira2 jam 5.00 pagi. mereka dibenarkan tidur sekejap sementara menunggu solat subuh. apabila selesai solat subuh secara berjemaah aku menceritakan tujuan aktiviti yang dijalankan tadi. antara tujuannya ialah:

* Menguji ketahanan diri menghadapi halangan dalam kehidupan
* Menguji sifat keberanian diri pelajar
* Mendidik diri pelajar membuat keputusan tanpa mengharapkan orang lain
* Mendidik diri pelajar bahawa tidak mudah untuk berjaya jika tanpa usaha yang
gigih dan berterusan dalam hidup.
* Mendidik diri pelajar mensyukuri nikmat pancaindera (mata) yang dikurniakan
oleh Allah dan menggunakannya untuk perkara kebaikan.

aku rasa itu sahaja perkongsian untuk kali ini. doakan aku berjaya dalam bidang yang diceburi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan