
aku agak teruja untuk menghadiri kursus pada hari ini kerana ingin melihat dan menceduk segala ilmu yang bakal dicurahkan oleh senior-senior di sekolah. aku yakin banyak ilmu yang aku akan dapat nanti. pembentang pertama dimulakan oleh cikgu sudarma yang merupakan kaunselor di sekolah. beliau membentangkan buku yang berjudul 'pendekatan islam terhadap pendidikan anak-anak'. menurut beliau komunikasi berkesan amat penting dalam sesebuah keluarga, ianya bermaksud setiah ahli dalam keluarga sentiasa terbuka untuk di tegur dan menegur. ibu bapa merupakan qudwah 'contoh' kepada anak-anak. beliau juga menyelitkan sedikit tayangan video yang menggambarkan sebuah keluarga bahagia. beliau berkata manhaj (pendekatan) mendidik anak-anak berbeza ketika anak masih kecil, remaja dan juga dewasa. namun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut manhaj-manhaj tersebut. mungkin beliau hendak kita sendiri yang membacanya.
pembentang kedua ialah cikgu sare'at darwan yang membentangkan buku 'gurukah aku atau....? buku tersebut di tulis oleh seorang bekas guru yang berpengalaman luas. buku tersebut menceritakan pengalaman peribadi penulis sendiri bermula dari pengalaman bersekolah rendah dan menengah serta pengalaman berkhidmat di empat buah sekolah menengah. Beliau mengolah penulisan ini dalam bentuk cerita, sketsa dan episod-episod yang menarik.
sebaik sahaja cikgu sare'at membentangkanya aku sebagai seorang guru baru mula mengorak langkah untuk mendapatkan buku tersebut. dengan semangat yang membuak-buak setiap toko buku dalam bandar kluang aku kunjungi, namun aku kecewa kerana gagal mendapatkannya. tidak pasti sama ada tidak dijual atau pun kehabisan stok. namun, sehingga kini aku masih berminat untuk mendapatkannya. doakan aku berjaya, hehe.
pembentang ketiga cikgu zainuddin abu bakar. buku bertajuk menangani sifat marah tulisan dr. fadzilah kamsah menjadi pilihan. beliau memulakan pembentangan dengan set induksi yang agak menarik iaitu mengetuk meja dengan kuat bagi menunjukkan kemarahannya pada seseorang. aku ingat dia betul-betul marah, semua yang berada dalam bilik mesyuarat terdiam seketika. selepas menunjukkan kemarahannya beliau mengatakan nasib baik beliau membaca buku menangani sifat marah menyebabkan beliau berjaya mengawal emosi.
selepas rehat kir-kira 15 minit, slot seterusnya diisi oleh ckgu hasrin yang menujukkan cara-cara mudah menggunakan software mindmanager. program ini adalah untuk menunjukkan kepada guru-guru membina peta minda secara interaktif.
pembentengan kemudiannya diteruskan oleh:
- cikgu rosmini : buku cara kerja efektif
- cikgu sabariah: buku strategi memasarkan sekolah
- cikgu noriah : buku guru yang bijaksana
- cikgu razli : buku aku mahu naik pangkat
bagi aku slot ldp pada kali ini amat menarik dan tidak menjemukan. pelbagai gaya dan pendekatan pembentangan yang digunakan oleh guru-guru yang bagi aku cukup berpengalaman dalam bidang keguruan ini. bagi guru-guru yang tidak membentangkan buku bacaan jangan lupa hantar sinopsis buku bacaan masing-masing selewat-lewatnya 26/4/2010. sekian wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan