aku memilih buku berjudul Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik (HCRM). hasil tulisan Razali saaran yang juga seorang pendidik. walaupun aku tidak kenal dengan penulis tapi aku yakin melalui tulisannya beliau seorang guru yang berpengalaman luas.
HCRM sebenarnya bukan untuk mengajar guru bagaimana untuk menggunakan kaedah mengajar yang telah dipelajari sebelum bergelar guru, buku ini juga tidak menyentuh tentang pedagogi pendidikan, psikologi pendidkan dan seumpamanya.HCRM adalah satu medium tambahan untuk mengenengahkan beberapa kaedah yang telah diguna pakai oleh Rasulullah untuk dijadikan rujukan kepada guru-guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran pengajaran dalam bilik darjah.
mengikut penulis, hasil daripada pembacaan hadis-hadis Rasulullah yang ada kaitannya dengan kaedah mengajar, kita akan dapati bahawa sesungguhnya Rasulullah itu adalah suri tauladan terbaik sepanjang zaman.HCRM memberi tumpuan kepada kaedah-kaedah yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu serta nasihat kepada para sahabat. Di selitkan juga cara-cara Rasulullah SAW bersoal-jawab, bergurau senda, memberi nasihat dan dalam meraikan para pelajarnya.
dalam sebuah buku berjudul The 100: a ranking of the most influential persons in history hasil tulisn penulis barat bernama michale h. hart telah menyenaraikan Rasulullah berada pada ranking yang pertama.
jika orang bukan islam pun memandang rasulullah begitu hebat aura dan pengaruhnya kepada dunia sejak dahulu hingga kini, mengapa tidak kita juga berfikiran sebegitu. kenapa tidak berasa bangga dilahirkan sebagai umat Muhammad dengan mengambilnya sebagai rujukan utama kita sepanjang bergelar pendidik. kenapa kita tidak sentiasa berusaha untuk mengamalkan sunnahnya walau di mana jua kita berada hatta dalam kelas sekalipun ketika kita sedang menyampaikan ilmu kepada anak didik kita.ingatlah, sesungguhnya Rasulullah itu adalah guru segala guru dan dialah sebaik-baik panduan buat kita semua. semoga perkongsian kali ini dapat memberi sedikit manfaat untuk kita semua, insya Allah.
assalamualaikum tuan..
BalasPadamterima kasih atas komen yg begitu bermakna ini..semoga Allah menjadikan tuan seorang guru yang hebat di dunia dan akhirat..
terima ksih krn membaca buku tulisan saya yg tidak seberapa...
salam ukhwah daripada :
penulis buku : Hebatnya Cara RAsulullah Mendidik
Razali Saaran
www.teratakmuslim.blogspot.com
waalaikumussalam wbt.
BalasPadamjutaan terima kasih juga kpd tuan kerana sudi menjenguk blog yang tidak seberapa ini. terasa kerdilnya diri kerana orang yang hebat seperti tuan sudi menjenguk blog saya. jutaan tahniah juga kerana berjaya menulis buku yang telah lama saya cari sebenarnya. semoga HCRM bukan yang pertama dan terakhir, insya Allah.