kepada sahabat-sahabat yang mengenali aku sejak sekolah, mungkin mereka agak terkejut jika mengetahui aku menghadiri program sambutan maulidur rasul pada kali ini. aku merupakan salah seorang yang tidak bersetuju dengan sambutan maulidur rasul, begitulah juga sekarang ini.
banyak bukti yang aku jumpa mengenai hadis sambutan maulid, tapi mengikut ustaz yang aku yakin dengan ilmunya itulah hadis palsu. para sahabat salafussoleh yang paling rapat dengan rasulullah pun tidak pernah mengadakan sambutan ini. tapi sekarang aku makin dewasa, aku tidak mahu memanjangkan tentang hujah ini, elok rasanya sahabat semua merujuk kepada orang yang lebih alim seperti dr. asri (bekas mufti perlis) atau pun ustaz zaharuddin. tidak bersetuju dengan sambutan tidak semestinya kita tidak pergi langsung khasnya pada majlis ilmu yang diadakan.
majlis ceramah dimulakan sejurus selepas solat isya'. ust taib memulakan ceramahnya dengan menggalakkan acara sambutan seperti ini kerana bagi beliau ianya suatu tradisi agung yang patut diteruskan, tiada sambutan yang lebih besar selain maulid kerana ianya akan mengingatkan kita kepada kedudukan sebelum islam yang hina di zaman jahiliah, hidup tanpa hidayah allah kepada kedudukan yang mulia dan dihormati selepas kedatanagan junjungan besar nabi muhammad s.a.w. ianya merupakan satu sambutan bagi risalah wahyu yang yang agung kepada umat islam.
beliau berkata, risalah wahyu bukan hasil kajian cendikiawan, ianya merupakan risalah allah yang tidak mampu difikirkan logik oleh akal. jika islam merupakan dari hasil fikiran logik semata-mata, maka ramailah yang tidak menerima ajaran ini. ada suruhan yang tidak mampu oleh akal memikirkannya, beliau memberi contoh orang yang hendak solat memerlukannya mengambil wuduk terlebih dahulu barulah sah solatnya. tapi jika di fikir logik tidak perlu ambil wuduk, tetapi cukuplah sekadar mandi sahaja kerana air sudah mengalir ke serata tubuh badan. tetapi dalam islam tidak sah solat walaupun mandi sebanyak mana pun tanpa berwuduk terlebih dahulu.tambah beliau, kepintaran seseorang tidak menjamin sesorang itu beriman dengan ajaran islam, ramai orang yahudi dan kristian yang menghafal al-quran tetapi tidak beriman, namun ramai juga imam-imam di malaysia khasnya yang buta huruf tetapi beriman dengan agama allah, ini menunjukkan kepintaran tidak semestinya hebat iman seseorang.
selain itu ust berkata, pada zaman mutakhir ini ramai umat islam sudah tidak memandang mulia pada orang alim (ulamak). jika situasi ini berterusan negara kita berada dalam keadaan sangat berbahaya. beliau memberi contoh negara iraq sekarang yang boleh dikatakan hancur dan lebih memeritkan dijajah oleh musuh islam merupakan negara yang melahirkan ramai ulamak islam pada suatu masa dahulu. tetapi sekitar tahun 70-an mereka lalai, terlalu ta'sub dengan bangsa arab, mereka mengaku islam tetapi mereka lalai akan ajaran islam, ulamak-ulamak di sumbat ke dalam penjara, tetapi pelacur jalanan berkeliaran. lihat la sekarang apa jadi dengan negara mereka?
beliau juga mengingatkan kita, jangan sempitkan agama dengan ibadat semata-mata, malah ianya merangkumi segenap aspek kehidupan, islam adalah agama yang syumul. kita hendaklah belajar dari negara luar khasnya iraq tadi. beliau berkata dalam konteks negara kita, hebatnya kaum melayu kerana agama islam, malah suatu ketika dahulu orang bukan islam mengaitkan melayu itu islam dan islam itu melayu. ada dikalangan mereka yang masuk 'melayu' yang sepatutnya di sebut masuk islam. namun sekarang sama ada sedar atau tidak sebenarnya melayu sudah tidak wujud dalam peta dunia. peta tanah melayu pun sudah lama hilang dari peta dunia. ini menunjukkan bangsa tidak kekal selamanya, menangis air mata darah sekali pun tanah melayu tidak akan ada lagi.
setakat itu sahaja yang sempat aku 'take note' dan share dengan sahabat semua. semoga perkongsian kali ini memberi manfaat untuk kita semua.
-anakmabo-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan