Khamis, 8 April 2010

Kesenangan Memperdaya?

Perkongsian kali ini berkaitan dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua. kehidupan kita telah banyak dilimpahi dengan pelbagai nikmat. antaranya nikmat kesihatan, harta benda seperti rumah dan kereta, nikmat negara yang aman dan damai serta nikmat makanan yang tidak pernah habis dan pelbagai lagi nikmat yang kita kecapi.

sebenarnya bagi aku, nikmat kesenangan itulah yang sering melalaikan kita untuk mengabdikan diri kepada Allah. sekarang ni aku boleh dikatakan berada dalam zon kehidupan yang agak selesa. Semuanya bermula selepas "turning point" yg aku kongsikan pada posting dulu. perjalanan kehidupan yang jauh berbeza berbanding sebelum ini.

jika sebelum ini kehidupan yang agak tidak menentu, pelbagai dugaan dan cabaran sentiasa datang dan pergi setiap masa. di saat itulah juga rasanya diri ini terasa dekat dengan Allah. doa dan air mata sering kali menjadi teman di kala insan lain di buai mimpi indah. mungkin inilah yang dikatakan kita akan mendampingiNYA sewaktu kita dalam kesusahan.

namun, semua itu telah menjadi sirah kehidupan aku. sekarang segalanya sudah berubah. terasa juga diri semakin lama semakin jauh denganNYA. tiada lagi air mata mengalir keranaNYA dan tiada lagi korban tidur keranaNYA.kadang-kadang aku terfikir adakah ini satu lagi ujian yang Allah nak tunjukkan. ujian yang berbentuk kemewahan pula. setelah terbaca firman Allah yang bermaksud "dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdaya"(al-imran:185). aku mula merasa seram sejuk takut-takut aku gagal menghadapinya. takut yang teramat sangat.

kita selalu diingatkan oleh Nabi Muhammad yang menyeru kita agar merebut 5 perkara kesenagan sebelum 5 perkara kesusahan. antaranya agar memanfaatkan masa sihat dengan memperbanyakkan ibadat. tetapi aku takut terlupa sehiggalah aku ditimpa derita kesakitan. kita juga diingatkan agar menggunakan kekayaan untuk diinfakkan dan dibelanjakan pada jalan Allah. namun aku takut terlupa hinggalah nikmat itu ditarik balik dan kedudukan ekonomi keluarga menjadi gawat. begitulah juga dengan nikmat lain seperti masa lapang dan nyawa.

peringatan untuk diri sendiri dan sahabat semua, marilah kita saling mengingati agar kita tidak terperangkap dalam jerat cinta dunia ini, kerana ia akan mematikan hati dan menjauhkan diri kita dari Allah sedikit demi sedikit tanpa disedari.

sahabat yang disayangi, nikmat yang kita perolehi sering membuatkan kita lupa dan lalai dari tanggunjawab sebagai hamba Allah. janganlah kita menjadi seperti seorang lelaki yang bernama Tholabah pada zaman Rasulullah. pada awalnya dia menjalani kehidupan yang amat perit sehinggakan terpaksa berkongsi pakaian dengan isterinya walaupun untuk beribadat. dia kemudiannya meminta Rasulullah agar berdoa kepada Allah agar mendapat harta dan nikmat hidup. kemudian Rasulullah berdoa untuknya, malangnya dia leka dengan hartanya dan cuai beribadat. akhirnya dia mati dalam keadaan taubatnya tidak diterima kerana enggan membayar zakat.

biasanya, apabilaa kita memiliki harta yang banyak, syaitan akan memainkan perananya. ia akan mencari jalan agar kita menggadaikan akhirat untuk membeli dunia. lagi satu ayat yang menggerunkan aku ialah firman Allah yang bermaksud "ketahuilah bahawa kehidupan dunia hanyalah satu permainan dan melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta bangga dengan banyaknya harta dan anak-anak" (Al-Hadid:20).

aku ingatkan diri sendiri dan sahabat semua, apabila kita terasa menghampiri jerat dunia ini, bertaubatlah segera sebelum terlamabat. seksaan Allah bukanlah sesuatu yang boleh dipersendakan. sesungguhnya ia amat keras dan pedih.

jika ada sebarang kekurangan ataupun kesalahan pada posting kali ini aku harap ada yang sudi menegur. sesungguhnya ingat-mengingati itu memberi kebaikan kepada orang-orang mukmin.

-anakmabo-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan